SEREMBAN: Seorang wanita warga Indonesia yang dipercayai dikurung di sebuah premis kedai satu tingkat di Taman Seri Rahang di sini sejak empat hari lalu, diselamatkan oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan pada Khamis.
Menurut Pengarahnya Faizal Fazri Othman, pihaknya menyerbu premis itu tengah hari tadi selepas menerima maklumat awam mengenai wanita tersebut pada 8 pagi.
Wanita itu bertindak membaling kepingan plastik menerusi tingkap ke arah orang awam yang lalu dan apabila ada yang menoleh dia kemudian membaling satu nota bertulis namanya, alamat di Selangor serta nombor telefon serta ungkapan "tolong saya", katanya.
"Orang awam itu telah menghampiri premis berkenaan dan menemu bual wanita itu melalui celah pintu. Dia mendakwa dibawa masuk ke Malaysia dan akan dihantar ke Singapura serta tidak diberi makan sejak empat hari lalu," katanya lagi.
Menurut Faizal Fazri orang awam itu kemudian menghubungi pihaknya yang menghantar sepasukan tujuh anggota ke premis tersebut.
Beliau berkata dalam serbuan itu pihaknya turut menahan dua wanita tempatan yang bekerja di premis tersebut yang merupakan pusat jualan.
"Kami kini mengesan majikan mereka," katanya menambah siasatan mendapati wanita Indonesia itu baharu sahaja dibawa masuk ke Malaysia menerusi feri.
Faizal Fazri berkata pihaknya juga percaya premis itu dijadikan pusat transit pekerja asing yang tidak sah. - MStar
....
Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.com/
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !