Headlines News :
Perjuangan Reformasi....
Perjuangan ibarat mata rantai - Kita bukanlah yang memulakan da’wah dan tarbiyyah ini, tetapi kita adalah penyambung dan penerus kepada perjuangan dakwah ini. Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perjuangan rakyat yang ditindas sebelum ini. Kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik diketika zaman kita ini.
Home » » Datuk Azhar Rakus Seleweng Wang Rakyat Dan MRT

Datuk Azhar Rakus Seleweng Wang Rakyat Dan MRT

Written By Reformis on Friday, May 30, 2014 | May 30, 2014

Oleh : MRT Watch

Baru-baru ini, media melaporkan bahawa MRT Corp telah menyatakan minat untuk menjadi operator pengendali sistem transit Rapid Lembah Klang (MRT) sebagai langkah terbaru mengukuhkan peranan MRT Corp dalam bidang pengangkutan awam di Malaysia.

Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, CEO MRT Corp berkata langkah ini juga bagi membina persaingan terbuka. Dalam bahasa yang lebih mudah, Azhar mahu sektor pengangkutan awam tidak dimonopoli oleh satu dua syarikat sahaja, jika menurut alasan ni, maksud beliau boleh disimpulkan seperti “janganlah beri projek mengendalikan MRT kepada RapidKL, berilah juga pada dia (MRT Corp)”.

Dia turut menyatakan bahawa RapidKL dan Prasarana sudah banyak diberi projek seperti LRT, Monorail dan Bas RapidKL. Jadi dia berharap agar syarikat yang dikepalainya diberi peluang untuk menjadi operator projek infrastruktur terbaru ini.

Azhar cuba meyakinkan kita bahawa syarikat beliau mampu melaksanakan kerja tersebut setanding dan lebih baik dari syarikat-syarikat sedia ada (Prasarana).

Cadangan Azhar ini nampak dipermukaan mempunyai asas dan ada kemungkinan kerajaan akan mempertimbangkan cadangan tersebut. Namun, sebelum itu ada beberapa fakta yang perlu diambil kira oleh Kerajaan dan perlu difahami rakyat, agar keputusan tersebut berlandaskan fakta dan bukan hasil lobi melobi.

Momokan bahawa MRT Corp boleh melaksanakan tanggungjawab ini lebih baik daripada Prasarana atau RapidKL merupakan satu dakwaan yang tidak berasas. 

Pertamanya, MRT Corp tidak mempunyai rekod dan pengalaman mengurus serta mengendalikan operasi pengangkutan awam mega sepanjang sejarah penubuhannya.

Bagaimana pula kita mudah percaya bahawa MRT Corp dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik dari syarikat yang ada? 

MRT Corp pun belum pernah mengendalikan operasi pengangkutan awam berskala sederhana atau kecil. Justeru itu, bagaimana pula kemampuan MRT Corp untuk mengendalikan operasi pengangkutan awam mega seperti ini?  

Kedua, reputasi CEO MRT Corp, Datuk Azhar ini begitu meragukan.

Kita tidak harus lupa bahawa Datuk Azhar pernah terbabit dengan skandal rasuah semasa beliau menjadi Pengarah Urusan di Sime Darby Plantation sekitar tahun 2009-2010. Skandal ini melibatkan urusan jual beli tanah ladang estet kelapa sawit di Sarawak yang dipercayai mempunyai kaitan dengan syarikat milik bekas ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud.

Skandal ini melibatkan rasuah bernilai antara RM300-400 juta dimana Azhar mempunyai kepentingan didalamnya. Selepas SPRM membuka fail siasatan berkenaan kes tersebut, negara dikejutkan oleh skandal kerugian besar oleh Sime Darby yang ketika itu diterajui oleh Datuk Ahmad Zubir Murshid. Walaupun dipalit oleh kes rasuah, Datuk Azhar telah dipilih untuk memangku jawatan yang dikosongkan oleh Datuk Ahmad Zubir. 

Perdana Menteri Najib Razak terus menerus memberi imbuhan demi imbuhan kepada Datuk Azhar dengan melantiknya sebagai CEO MRT Corp. Sebaliknya, siasatan kes rasuah Datuk Azhar pula senyap begitu sahaja. 

Rakyat tertanya-tanya apakah Datuk Azhar mendapat perlindungan dari mana-mana pihak atasan? Adakah Peguam Negara turut sama terlibat dalam penutupan skandal ini?

Ketiga, cadangan pembinaan terowong laluan pejalan kaki MRT sepanjang 120 meter dengan kos hampir RM350 juta di bawah platform KL Sentral telah mencemar kredibiliti Datuk Azhar sebagai seorang peneraju sebuah GLC. 

Lebih mengejutkan lagi apabila cadangan kos pembinaan terowong laluan pejalan kaki itu adalah hampir empat kali ganda lebih besar daripada cadangan trek tambahan 1km yang menghubungkan KLIA ke klia2 yang hanya bernilai RM100 juta. Ini membuktikan bahawa Datuk Azhar tidak layak mengepalai sebuah GLC penting apatah lagi mahu membolot operasi MRT. 

Dengan alasan-alasan kukuh seperti ini, kredibiliti seorang elit teknokrat yang pernah dikaitkan dengan skandal rasuah merupakan perkara yang amat serius. Walaupun tiada pendakwaan secara rasmi ke atas Datuk Azhar, persepsi buruk komuniti bisnes perlu diambil kira kerana dia diberi amanah untuk mengurus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dibiayai dari wang cukai rakyat. Persepsi rakyat terhadap reputasi dan integriti ketua sebuah GLC seperti Azhar juga tidak boleh diabaikan. Kontrak dan tender oleh MRT Corp dibayar dari wang cukai rakyat.

Dengan reputasi yang tercemar seperti ini, Perdana Menteri tidak seharusnya mempertimbangkan permohonan MRT Corp. Rakyat sudah muak dengan pelbagai kes rasuah, salah guna kuasa serta isu integriti. 

Kita harus belajar dari sejarah bagi kebaikan rakyat dan tidak menggunakan alasan persaingan terbuka bagi memberi peluang Datuk Azhar untuk terus merobek dana negara dan rakyat membayar harga tinggi akibat penyelewengan beliau. 


Share this article :

1 comment:

  1. Sejak bila Dato' Azhar terlibat dengan skandal Sime Darby? Dokumen mahkamah hanya menamakan Dato' Seri Zubir Murshid sahaja.
    Temberang lah ni?

    ReplyDelete

Berita Pilihan

Saiful rayu sumbangan RM1 seorang bantu kempen

PORT DICKSON: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan, merayu sumbangan RM1 seorang daripad...

Gambar Terkini

Gambar Terkini
Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan hari ini “bersalaman” dengan bekas “bosnya” yang meliwatnya.

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Nadi Reformasi - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template