Oleh : Red Giant
Sebelum rancangan UDA Holdings untuk perkaya kroni didedahkan, umum harus sedar bagaimana seorang towkay mengumpul kekayaan yang melampau dengan terus menerus menarah rizab dan hasil anak syarikat kerajaan GLC.
Besar kemungkinan ramai yang tidak faham dan tidak dapat membaca arus politik elit yang berjalan dibelakang tabir. Elit politik sepatutnya beriltizam untuk membangunkan ekonomi Melayu, telah melanggari amanah bangsa dengan memperkaya towkay yang menabur sisa-sisa untuk mereka kutip.
Kita harus sedar bagaimana wang para pelabur PNB digunapakai untuk mengambil alih kesemua saham kepentingan Tan Sri Liew Kee Sin dalam SP Setia, syarikat hartanah terbesar di Malaysia, dengan harga RM3.90 sesaham.
Selain PNB, para pemegang saham SP Setia yang lain adalah Kumpulan Simpanan Wang Pekerja sebanyak 13.4 peratus dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) lima peratus termasuklah bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia, Tan Sri Liew Kee Sin yang sebelum ini memiliki 11 peratus.
Dari gossip-gosip industri, Tan Sri Liew Kee Sin dianggarkan mengaut sekitar RM 1.6 billion dari urusniaga ini.
Di bawah Tan Sri Liew, SP Setia meraih pendapatan sebanyak RM8.24 bilion pada tahun kewangan 2013, hampir dua kali ganda pendapatan dicatat tahun kewangan sebelumnya.
Ramai penganalisa menyifatkan cadangan pengambil alihan itu adalah strategi pelaburan jangka panjang PNB yang baik memandangkan SP Setia memiliki trek rekod yang baik. Namun begitu, Towkay Liew sudah pun mempunyai rancangan nakal untuk terus menerus menarah hasil rakyat bagi kekayaan beliau dan elit politik yang dibiayai beliau.
Tidak berapa lama selepas urusniaga tersebut,Tan Sri Liew telah meletakan jawatannya di SP Setia.
Krisis pengurusan korporat ditambah apabila hampir keseluruhan pengurusan atasan SP Setia berjumlah kira-kira 200 orang meninggalkan SP Setia dan berhijrah ke syarikat pemaju EcoWorld.
Syarikat pemaju EcoWorld inilah yang akan ditawarkan projek pembangunan tanah bekas Penjara Pudu oleh UDA Holding. Selepas mendapat laba hasil jualan saham beliau di SP Setia, Towkay Liew telah menguasai EcoWorld.
Urusniaga PNB membeli saham SP Setia telah memberi kelebihan kepada seorang towkay yang terus mendapat projek demi projek dengan dibantu elit politik. Daripada wang PNB, kini tanah strategik milik syarikat yang sepatutnya membangunkan ekonomi Melayu akan diusahakan oleh Liew.
Kini kita telah mendapat gambaran bagaimana dana dan tanah GLC-GLC ini digunapakai untuk memperkayakan towkay yang seterusnya mengayakan elit politik.
Peneraju-peneraju GLC ni dilantik bagi memegang amanah bangsa dan negara, tetapi bagi mereka inilah peluang untuk mengaut sevabgak mana kakayaan yang boleh.
Dana para pelabur PNB diguna untuk "buy out" Towkay Liew yang seterusnya diberi projek demi projek. Antaranya, pembangunan di tanah Lembaga Getah RRI di Sungai Buloh dan kini tanah bekas Penjara Pudu.
Selepas urusniaga PNB dan SP Setia selesai, ratusan kakitangan SP Setia berhijrah ke EcoWorld dan jadikan SP Setia seperti tong kosong tanpa pengurusan dan jentera.
Maka bagaimana SP Setia yang telah dibeli oleh PNB ini akan menjadi satu syarikat yang berdaya maju? Bukankah sebelum ini dikatakan bahawa pengambil alihan saham SP Setia ini langkah strategik yang bernas. Tetapi rupa-rupanya, penguasaan SP Setia ini bertukar menjadi pembelian yang sia-sia kerana aset yang dibeli kini tidak mempunyai sumber tenaga kerja.
Inilah hasilnya jika dibalik urusniaga bisnes ada peranan dan rencana oleh elit politik. Kesudahannya, tanah bekas Penjara Pudu akan tergadai kepada EcoWorld. Elit politik dan kroni mereka akan terus menerus menarah kantung negara.
Rakyat akan terus didedahkan dengan peranan YB Johari Ghani dalam skandal urusniaga tanah bekas Penjara Pudu kepada EcoWorld.
...akan terus disambung
- redigiantloyalist
EDITORIAL
....Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.com/
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !