Headlines News :
Perjuangan Reformasi....
Perjuangan ibarat mata rantai - Kita bukanlah yang memulakan da’wah dan tarbiyyah ini, tetapi kita adalah penyambung dan penerus kepada perjuangan dakwah ini. Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perjuangan rakyat yang ditindas sebelum ini. Kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik diketika zaman kita ini.
Home » , » Bekas tentera udara calon PAS di PD

Bekas tentera udara calon PAS di PD

Written By Reformis on Friday, September 28, 2018 | September 28, 2018


PAS mengumumkan akan meletakkan Leftenen Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar sebagai calon di pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson yang akan diadakan 13 Okt depan.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di Port Dickson, Negeri Sembilan malam ini.

Mohd Nazari, 57, pernah berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selama 28 tahun (1980-2008).

Beliau juga merupakan Yang Di Pertua PAS Kawasan Tenggara di Johor.

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam program itu, Mohd Nazari juga merupakan pengusaha ladang durian Musang King dan pengetua Maahad Tafiz Darul Iman, Bandar Tenggara.

Kelayakan pendidikan beliau adalah Masters in Defence & Strategy Studies dari Universiti Teknologi Di Bangladesh.

Mohd Nazari sebelum ini pernah bertanding di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Panti dan Pasir Raja yang terletak di bawah parlimen Tenggara di Johor, masing-masing pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 dan PRU ke-13.

Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan parti itu akan meletakkan "tokoh yang sepadan" dengan calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerusi Port Dickson sebelum ini dikosongkan oleh penyandangnya Danyal Balagopal Abdullah, yang juga merupakan bekas tentera. Danyal meletakkan jawatannya bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke parlimen.

....
Tokei Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.my/
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Berita Pilihan

Saiful rayu sumbangan RM1 seorang bantu kempen

PORT DICKSON: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan, merayu sumbangan RM1 seorang daripad...

Gambar Terkini

Gambar Terkini
Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan hari ini “bersalaman” dengan bekas “bosnya” yang meliwatnya.

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Nadi Reformasi - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template