Headlines News :
Perjuangan Reformasi....
Perjuangan ibarat mata rantai - Kita bukanlah yang memulakan da’wah dan tarbiyyah ini, tetapi kita adalah penyambung dan penerus kepada perjuangan dakwah ini. Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perjuangan rakyat yang ditindas sebelum ini. Kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik diketika zaman kita ini.
Home » » Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya bebas hari ini

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya bebas hari ini

Written By Administrator on Friday, October 5, 2018 | October 05, 2018


PUTRAJAYA: Bekas pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya yang direman bagi membantu siasatan kes menerima rasuah, dibebaskan hari ini.

Majistret, Ahmad Afiq Hasan membenarkan 2 beradik itu dibebaskan, selepas tamat tempoh reman hari ini.

Peguam mereka, Datuk K Kumaraendran berkata, anak guamnya dibebaskan dengan jaminan RM1 juta dan 2 penjamin masing-masing.

Terdahulu, Azeez yang berbaju biru muda tiba di mahkamah sekitar 9.40 pagi dengan tangan bergari. Beliau disambut kira-kira 130 penyokong dibawa khas dari Baling, Kedah.

Sumber memberitahu 3 bas yang membawa penyokongnya tiba seawal 7.15 pagi dan menunggu ketibaannya di pintu masuk utama Mahkamah Majistret Putrajaya.

Turut hadir Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam.

Azeez bersama abangnya, Abdul Latif dan sepupu mereka, Mohamad Nazri Osman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 25 September lalu bagi membantu siasatan kes menerima rasuah.

Mereka bertiga kemudiannya direman 4 hari bermula 26 September lalu.

Sabtu lalu, Nazri dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dan 2 penjamin, selepas SPRM tidak meminta lanjutan reman, tetapi Azeez dan Latif dilanjutkan reman 6 hari lagi.

Pada 23 Mei lalu, SPRM merampas wang tunai RM500,000 dari rumah Azeez di Baling, Kedah dan Subang, Selangor serta pejabatnya di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dalam siasatan ke atas pelantikan kontraktor untuk projek TH.

Selain wang tunai, katanya, SPRM turut merampas jam tangan dan pelbagai mata wang asing.



NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Berita Pilihan

Saiful rayu sumbangan RM1 seorang bantu kempen

PORT DICKSON: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan, merayu sumbangan RM1 seorang daripad...

Gambar Terkini

Gambar Terkini
Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan hari ini “bersalaman” dengan bekas “bosnya” yang meliwatnya.

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Nadi Reformasi - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template