Headlines News :
Perjuangan Reformasi....
Perjuangan ibarat mata rantai - Kita bukanlah yang memulakan da’wah dan tarbiyyah ini, tetapi kita adalah penyambung dan penerus kepada perjuangan dakwah ini. Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perjuangan rakyat yang ditindas sebelum ini. Kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik diketika zaman kita ini.
Home » , » Pemilihan PKR: Rafizi dakwa sudah mendahului Azmin

Pemilihan PKR: Rafizi dakwa sudah mendahului Azmin

Written By Reformis on Sunday, October 28, 2018 | October 28, 2018


Rafizi Ramli mendakwa sudah berjaya mendahului lawannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam saingan merebut jawatan timbalan presiden PKR selepas menang di Perak.

Dalam kenyataannya di Facebook malam ini, beliau mendakwa sudah meraih 6,700 undi berbanding Azmin yang memperoleh 4,359.

Jawatankuasa pemilihan PKR sudah mengesahkan pengiraan undi di Perak melalui Twitter, namun butiran keputusan belum diumumkan.

Rafizi mendakwa, dengan kemenangan di Perak dan perkembangan di Kedah, beliau kini secara keseluruhan mempunyai 995 undi di hadapan Azmin.

Berdasarkan pengiraan Rafizi itu, beliau kini mendapat 47,542 undi sementara Azmin memperoleh 46,547 undi.

Malaysiakini ketika ini tidak dapat mengesahkan dakwaan Rafizi kerana keputusan di Perak dan fasa kedua di Kedah belum diumumkan sepenuhnya.

Pengiraan Rafizi juga turut mengambil kira undi di Negeri Sembilan dan lima daripada enam cabang di Melaka.

Keputusan dari dua negeri itu belum dapat dimuktamadkan kerana 2,000 undi didapati hilang susulan masalah teknikal.

Terdapat kemungkinan pemilihan semula untuk beberapa cabang atau kesemua cabang akan diadakan bagi kedua-dua negeri itu.

Pemilihan PKR akan diteruskan esok bagi fasa ketiga yang juga terakhir di Selangor.


NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Berita Pilihan

Saiful rayu sumbangan RM1 seorang bantu kempen

PORT DICKSON: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan, merayu sumbangan RM1 seorang daripad...

Gambar Terkini

Gambar Terkini
Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan hari ini “bersalaman” dengan bekas “bosnya” yang meliwatnya.

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Nadi Reformasi - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template