Headlines News :
Perjuangan Reformasi....
Perjuangan ibarat mata rantai - Kita bukanlah yang memulakan da’wah dan tarbiyyah ini, tetapi kita adalah penyambung dan penerus kepada perjuangan dakwah ini. Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perjuangan rakyat yang ditindas sebelum ini. Kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik diketika zaman kita ini.
Home » » Tukar MB Baru: BN Perak Terlibat?

Tukar MB Baru: BN Perak Terlibat?

Written By Reformis on Tuesday, April 22, 2014 | April 22, 2014

Pemuda PAS Perak tertanya-tanya artikel ruangan pojok Bisik-Bisik ‘Awang Selamat’ yang memaklumkan bahawa akan ada dua buah negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN) akan mendapat Menteri Besar yang baru. Persoalan kami, adakah Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir yang belum sampai dua penggal sebagai Menteri Besar Negeri Perak akan ditukar? Artikel yang keluar di dalam Mingguan Malaysia tersebut seolah-olah akan memberi kejutan kepada semua pihak yang masih menunggu pengumuman Dato' Sri Haji Mohammad Najib Tun Haji Abdul Razak nanti.

Sudah tentu banyak pihak kini bercakap tentang Datuk Seri Zambry berkaitan perkara-perkara sensitif terutamanya yang cuba dikaitkan dengan dirinya seperti isu ‘ancak’ dan juga isu ‘Raja bomoh’. Keadaan ini cuba memburukan reputasinya sebagai Menteri Besar Perak di tambah isu-isu lain yang membabitkan Kepimpinan Umno Bahagian dan juga Datuk Hamidah Osman yang begitu marah dengan Datuk Seri Zambry. Mungkin Dato’ Sri Najib melihat Datuk Seri Zambry ‘kurang membantu’ memantapkan lagi kekuatan Umno Perak khasnya yang pelbagai masalah timbul kini.

Jika dilihat watak dan pendekatan yang di bawa oleh Dato’ Sri Najib dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang boleh duduk minum bersama, tetapi sehingga kini Datuk Seri Zambry tidak pula mahu bersama Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin walaupun minum dan duduk bersama. Mungkin ‘kerasnya’ hati Datuk Seri Zambry untuk mengambil sikap ‘terbuka’ dengan Datuk Seri Nizar dan rakyat serta kepimpinan Umno melihat suasana ini. Soalnya, adakah salah seorang Menteri Besar yang bakal ditukar itu adalah Datuk Seri Zambry?


DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.


http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140420/re_04/BISIK-BISIK-AWANG-SELAMAT
http://perakite.blogspot.com/2012/02/zambry-akan-disingkir-sebagai-mb-perak.html


.............

Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.com/
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Berita Pilihan

Saiful rayu sumbangan RM1 seorang bantu kempen

PORT DICKSON: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan, merayu sumbangan RM1 seorang daripad...

Gambar Terkini

Gambar Terkini
Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan hari ini “bersalaman” dengan bekas “bosnya” yang meliwatnya.

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Nadi Reformasi - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template