Headlines News :
Perjuangan Reformasi....
Perjuangan ibarat mata rantai - Kita bukanlah yang memulakan da’wah dan tarbiyyah ini, tetapi kita adalah penyambung dan penerus kepada perjuangan dakwah ini. Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perjuangan rakyat yang ditindas sebelum ini. Kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik diketika zaman kita ini.
Home » » Kajian Menunjukkan Tahap Dioxin Di Tokyo Meningkat Secara Dadak Kerana Insinerator

Kajian Menunjukkan Tahap Dioxin Di Tokyo Meningkat Secara Dadak Kerana Insinerator

Written By Reformis on Wednesday, July 16, 2014 | July 16, 2014

Dalam lawatan Jawatankuasa Bertindak Kuala Lumpur Tak Nak Insinerator (KTI) ke loji incinerator dan Enviromental Research Institute (ERI) di Jepun, KTI telah mendapat beberapa penemuan yang menakjubkan.

Pertama, walaupun Clean Association Tokyo 23 (CAT 23) mendakwa tahap dioxin di udara persekitaran Tokyo adalah pada 0.000019ng-TEQ/m3N sahaja dan boleh diabaikan, dimana tahap selamat yang ditetapkan oleh undang-undang ialah 0.1ng-TEQ/m3N. Difahamkan kajian rasmi CAT23 hanya fokus dalam penilaian kualiti udara persekitaraan insinerator.

Tetapi, kajian yang dijalankan oleh ERI mengenai akumulatif dioxin di daun-daun pokok Pine di persekitaran metropolitan Tokyo menunjukkan tahap dioxin sudah melebihi tahap keselamatan undang-undang, malah segelintir kawasan Tokyo telah melebihi 2.0ng-TEQ/m3N.

Pokok Pine dipilih sebab ia adalah tumbuhan yang popular di Jepun dan menyenangkan menyeragamkan kajian saintifik, dan ia juga seperti kulit manusia menyerap bahan-bahan dalam udara persekitaraan.

Kajian menunjukkan akumulatif dioxin di Tokyo meningkat secara mendadak selepas tahun 2008. ERI percaya ia adalah berkaitan dengan pelaksanaan dasar pembakaran plastik pada 2008.

KTI berpendirian bahawa kajian ERI lebih mencerminkan keadaan sebenar tahap dioxin di Tokyo berbanding dengan kajian rasmi.

Kedua, walaupun CAT 23 menjelaskan pencemaran merkuri di beberapa loji incinerator adalah tidak serius dan telah dibaiki. Tetapi dalam perbincangan dengan beberapa pegawai-pegawai kanan CAT23 yang meminta kenyataan dipetik tanpa nama dipaparkan memberi fakta yang sebaliknya.

Gas terhasil daripada pembakaran akan ditapis oleh bag filter, tetapi pemeriksaan hanya akan dijalankan sekali setiap lima tahun. Dan cara pelupusan bag filter yang telah dicemar ialah dibuang ke dalam bilik pembakaran incinerator! 

Mengikut kajian ERI, sejak tahun 2010 ada 10 loji insinerator ditutup sementara kerana pencemaran merkuri yang serius atau hampir separuh incinerator Tokyo telah dicemarkan!

Sebagai contoh, Chitose Insinerator telah ditutup tiga kali, Adachi Insinerator dua kali, Itabashi dua kali dan Hikarigaoka dua kali.

Pegawai CAT23 tanpa nama menyatakan sebanarnya bahagian Bag Filter, Gas Scrubber dan Catalyst Reaction Tower incinerator telah dicemarkan teruk dan tiada cara untuk membersihkan bahagian-bahagian tersebut kecuali dirobohkan dan dibina semula. Ini melibat kos yang tinggi dan bukan pilihan yang paling bagi pihak berkuasa.

Ketiga, kecekapan penukaran tenaga incinerator hanya 14%, jauh lebih rendah daripada negara Europah. Sebagai contoh, kecekapan penukaran tenaga incinerator di United Kingdom adalah dalam lingkungan  19%-27%. Nampaknya Jepun bukan teladan yang baik untuk Malaysia belajar teknologi Waste to Energy.

Keempat, mengikut CAT 23, pembakaran satu ton sisa akan menghasilkan 1.04 ton karbon dioksida. Agensi Pemeliharan Alam Sekitar Amerika Syarikat telah menunjukkan teknologi incinerator menghasilkan lebih banyak karbon dioksida berbanding dengan teknologi penjanaan fosil. 

Kelima, Pengurus Loji Ariake incinerator, Encik Hisakazu Nikaido, memberitahu KTI bahawa biasanya incinerator menjanakan tenaga haba yang lebih daripada diperlukan dan lebih kurang 50% tenaga haba dilepaskan ke udara perkitaran. Akibatnya ialah suhu persekitaran akan meningkat lebih kurang 1-2 darjah celcius.

Jepun perlu tenaga haba semasa musim sejuk, tapi adakah Malaysia yang berada di kawasan Khatulistiwa memerlukan lebih banyak tenaga haba?

Keenam, kos purata pelupusan secara pembakaran ialah RM 500 per tan di Jepun. Berbanding dengan kos pelupusan sedia ada di Malaysia iaitu lebih kurang RM50 – RM 70, mampukah Malaysia menanggung kos yang sebegitu tinggi? Pada akhirnya siapa yang akan menanggung kos beberapa kali ganda tersebut?

Keadaan unik di Jepun mengakibatkan pihak berkuasa memeluk Incinerationism, tetapi ia tidak sesuai dibelajar bulat-bulat oleh Malaysia.

Memandangkan Model Tokyo ada kecacatan yang banyak, KTI ingin menanya pihak berkuasa Malaysia mengapa hanya Model Tokyo dipilih? Mengapa tidak pernah pun KTI dengar pihak berkuasa memberi penjelasan mengenai teknologi seperti Zero Waste Management yang lebih lestari dan hijau? 

Jawatankuasa Bertindak Kuala Lumpur Tak Nak Insinerator

Caption: Timbalan Presiden KTI Lee Chong Tek bagi penjelasan.


....
Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.com/
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Berita Pilihan

Saiful rayu sumbangan RM1 seorang bantu kempen

PORT DICKSON: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan, merayu sumbangan RM1 seorang daripad...

Gambar Terkini

Gambar Terkini
Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan hari ini “bersalaman” dengan bekas “bosnya” yang meliwatnya.

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Nadi Reformasi - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template