Headlines News :
Perjuangan Reformasi....
Perjuangan ibarat mata rantai - Kita bukanlah yang memulakan da’wah dan tarbiyyah ini, tetapi kita adalah penyambung dan penerus kepada perjuangan dakwah ini. Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perjuangan rakyat yang ditindas sebelum ini. Kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik diketika zaman kita ini.
Home » » ‘Pegawai tentera’ letup bom dalam seluar

‘Pegawai tentera’ letup bom dalam seluar

Written By Reformis on Friday, January 23, 2015 | January 23, 2015


Manila: Dua maut dan tiga yang lain cedera apabila seorang suspek lelaki yang menyamar sebagai ketua sarjan tentera mengamuk di balai polis semalam.

Laporan awal oleh pejabat polis daerah menyatakan, kejadian bermula di bahagian lokap balai berkenaan sejurus sebelum tengah hari.

Suspek dikenali sebagai Reynaldo Salang.

Jurucakap polis Davao del Sur berkata, pada suatu ketika seorang pesara polis - dikenali sebagai Bacun - menawarkan diri untuk berunding dengan Salang bagi menamatkan kekecohan di balai berkenaan.

Katanya, Salang memiliki sebutir bom tangan yang disembunyikan di dalam seluar.

“Bagaimanapun Salang meletupkan bom tangan berkenaan menyebabkan dirinya sendiri dan Bacun maut,” katanya.

Polis lain yang ada berhampiran pula cedera terkena serpihan bom.

Jurucakap itu berkata, Salang ditahan kira-kira jam 10 pagi semalam selepas menawan sebuah bas dipenuhi penumpang di Barangay Poblacion.

Selepas hampir sejam rundingan, Salang mengalah lalu menyerahkan senjatanya kepada polis, namun tanpa pengetahuan mereka, dia menyembunyikan bom tangan di dalam seluarnya.

Sebaik tiba di lokap, Reynaldo mengugut untuk meletupkan bom berkenaan jika dia tidak dibebaskan.


....
Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.com/
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Berita Pilihan

Saiful rayu sumbangan RM1 seorang bantu kempen

PORT DICKSON: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan, merayu sumbangan RM1 seorang daripad...

Gambar Terkini

Gambar Terkini
Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan hari ini “bersalaman” dengan bekas “bosnya” yang meliwatnya.

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Nadi Reformasi - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template