Headlines News :
Perjuangan Reformasi....
Perjuangan ibarat mata rantai - Kita bukanlah yang memulakan da’wah dan tarbiyyah ini, tetapi kita adalah penyambung dan penerus kepada perjuangan dakwah ini. Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perjuangan rakyat yang ditindas sebelum ini. Kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik diketika zaman kita ini.
Home » » Azmin mahu fail saman terhadap IGP minggu depan

Azmin mahu fail saman terhadap IGP minggu depan

Written By Reformis on Friday, August 4, 2017 | August 04, 2017

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar minggu depan selepas beliau tidak mahu respons kepada notis tuntutan Azmin supaya mencari dan mengekstradisi ahli perniagaan kontroversial Low Taek Jho.

Peguam Azmin, Latheefa Koya memberitahu Malaysiakini bahawa anak guamnya tidak akan lagi menunggu sehingga tamat tempoh 14 hari notis tuntutan itu, untuk mengambil tindakan seterusnya.

Katanya, Azmin telah memberikan IGP peluang untuk melaksanakan kewajipan berkanunnya untuk membawa balik Jho Low untuk siasatan.

"Tetapi kerana beliau tidak berminat, kita akan jumpanya di mahkamah," katanya ketika dihubungi semalam.

Latheefa berkata demikian sebagai respons kepada Khalid yang semalam berkata siasatan ke atas 1MDB masih berterusan dan oleh itu, beliau tidak mahu respons kepada tuntutan Azmin untuk polis mencari Low, atau dikenali ramai sebagai Jho Low.

"Jadi, ambillah tindakan mahkamah. Saya tunggulah," Khalid dilaporkan sebagai berkata semasa sidang akhbar di Kolej Polis Diraja Malaysia di Kuala Lumpur semalam.

Mengikut surat tuntutan itu, Low disyaki terlibat dalam jenayah pecah amanah di bawah Seksyen 406 atau Seksyen 409 Kanun Keseksaan, serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Low yang tidak diketahui keberadaannya dikaitkan dengan skandal 1MDB yang menyaksikan berbilion ringgit dana itu didakwa dilesapkan. Dia bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Awal bulan lepas, seorang jurucakap Low dipetik dalam laporan berita sebagai mendakwa bahawa percubaan untuk mengaitkannya dengan mereka yang mengaku bersalah dalam kes-kes mahkamah yang berkaitan dengan 1MDB di Singapura adalah "berasaskan kepada andaian yang tidak berasas".

Ia sebagai respons kepada laporan bahawa pendakwa di Singapura telah memberitahu mahkamah bahawa Low adalah individu utama dalam siasatan yang dikaitkan dengan 1MDB.



....
Tokei Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.my/
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Berita Pilihan

Saiful rayu sumbangan RM1 seorang bantu kempen

PORT DICKSON: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan, merayu sumbangan RM1 seorang daripad...

Gambar Terkini

Gambar Terkini
Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan hari ini “bersalaman” dengan bekas “bosnya” yang meliwatnya.

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Nadi Reformasi - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template