Headlines News :
Perjuangan Reformasi....
Perjuangan ibarat mata rantai - Kita bukanlah yang memulakan da’wah dan tarbiyyah ini, tetapi kita adalah penyambung dan penerus kepada perjuangan dakwah ini. Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perjuangan rakyat yang ditindas sebelum ini. Kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik diketika zaman kita ini.
Home » » Buli: Bapa, anak saman sekolah dan guru

Buli: Bapa, anak saman sekolah dan guru

Written By Reformis on Friday, August 4, 2017 | August 04, 2017

KUALA LUMPUR: Seorang bapa bersama anaknya memfailkan saman kecuaian di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen, di sini, terhadap sebuah sekolah swasta kerana mendakwa gagal mengambil tindakan berhubung kes buli membabitkan anaknya.

Mohamad Fairul Mohamad Ramzi, 33, dan anaknya, Agung Ishmael Mohamad Fairul, 8, masing-masing selaku plaintif, menamakan sekolah swasta yang terletak di Setapak dan seorang guru kelas sebagai defendan pertama dan kedua.

Berdasarkan penyata tuntutan, Mohamad Fairul mendakwa Agung digigit di bahagian muka dan ditendang di bahagian punggung oleh rakan sekelasnya pada 1 Jun 2017.

Ekoran insiden itu, anak lelakinya mengalami kecederaan dan mendakwa sering diganggu kanak-kanak terbabit.

Malah kata Fairul, ia bukan kali pertama Agung dibuli, tetapi berlaku sejak September tahun lepas.

Dakwanya juga, perkara itu telah dibawa kepada pihak pengurusan sekolah bagaimanapun tiada sebarang tindakan diambil.

Plaintif mendakwa Agung mengalami kecederaan akibat insiden itu, namun kedua-dua defendan tidak memberikan rawatan perubatan atau membawa kanak-kanak itu mendapatkan rawatan.

Beliau berkata, insiden itu hanya diketahui pada sebelah petang kira-kira jam 2 petang sebelum membawa anaknya ke Prince Court Medical Centre untuk rawatan.

Mohamad Fairul berkata, pada 8 Julai, beliau dimaklumkan anaknya telah digantung sekolah selama lima hari atas alasan bergaduh dengan seorang murid yang menyebabkan kecederaan ke atas murid lain.

Katanya, penggantungan yang dibuat itu tidak wajar kerana langsung tidak memberi peluang plaintif kedua membela diri.

Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi am sebagai ganti rugi perbelanjaan pendidikan anaknya selain ganti rugi khas RM6,009.70 untuk kos rawatan dan pemulangan deposit persekolahan.

Palintif juga menuntut deklarasi bahawa tindakan gantung sekolah itu tidak sah dan diketepikan selain perintah supaya pihak sekolah membatalkan nama Agung dari rekod disiplin.



....
Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.com/
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Berita Pilihan

Saiful rayu sumbangan RM1 seorang bantu kempen

PORT DICKSON: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan, merayu sumbangan RM1 seorang daripad...

Gambar Terkini

Gambar Terkini
Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan hari ini “bersalaman” dengan bekas “bosnya” yang meliwatnya.

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Nadi Reformasi - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template