Headlines News :
Perjuangan Reformasi....
Perjuangan ibarat mata rantai - Kita bukanlah yang memulakan da’wah dan tarbiyyah ini, tetapi kita adalah penyambung dan penerus kepada perjuangan dakwah ini. Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perjuangan rakyat yang ditindas sebelum ini. Kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik diketika zaman kita ini.
Home » » 2 wanita diculik 7 lelaki bersenjata

2 wanita diculik 7 lelaki bersenjata

Written By Reformis on Friday, April 4, 2014 | April 04, 2014

Semporna: Dua wanita, masing-masing seorang pekerja resort dan pelancong warga China, diculik sekumpulan tujuh lelaki bersenjata api di Singamata Reef Resort, di perairan Semporna, malam kelmarin.

Kumpulan lelaki terbabit menyerbu resort terapung yang terletak dua batu nautika dari pekan Semporna (3.7 kilometer) dan melarikan pekerja warga Filipina, Marcy Dayawan, 40 dan pelancong, Gao Hua Yuan, 29, pelajar sebuah universiti di Shanghai, kira-kira jam 10.30 malam.
Kedua-dua mangsa dilarikan oleh kumpulan terbabit dengan bot menghala ke perairan di selatan Filipina.


Ketika kejadian, seramai 61 pelancong dengan 59 daripadanya warga China menginap di resort berkenaan bersama 47 kakitangan pusat peranginan itu.

Ia kejadian kedua culik bersenjata api di perairan Semporna membabitkan pelancong asing selepas insiden seorang lelaki Taiwan ditembak mati, manakala rakan senegaranya dilarikan di Pulau Pom-Pom, 15 November tahun lalu.

Dalam kejadian malam kelmarin, kumpulan penculik menaiki sebuah bot laju dengan tiga daripada mereka yang bertopeng menyerbu resort itu sebelum berteriak dan mengarahkan pelancong serta petugas tidak bergerak, manakala empat lagi rakan mereka menunggu dalam bot.

Beberapa pekerja resort berkata mereka melihat penculik masuk ke bilik pekerja dan melarikan Marcy, tetapi hanya mendengar suara wanita di hujung resort dipercayai Hua Yuan yang menjerit 'help! help! I don't want to go' (tolong, tolong, saya tak mahu pergi).

BERITA HARIAN
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Berita Pilihan

Saiful rayu sumbangan RM1 seorang bantu kempen

PORT DICKSON: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan, merayu sumbangan RM1 seorang daripad...

Gambar Terkini

Gambar Terkini
Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan hari ini “bersalaman” dengan bekas “bosnya” yang meliwatnya.

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Nadi Reformasi - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template