Headlines News :
Perjuangan Reformasi....
Perjuangan ibarat mata rantai - Kita bukanlah yang memulakan da’wah dan tarbiyyah ini, tetapi kita adalah penyambung dan penerus kepada perjuangan dakwah ini. Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perjuangan rakyat yang ditindas sebelum ini. Kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik diketika zaman kita ini.
Home » » Memali: Antara Musa dan Dr Mahathir, hanya seorang cakap benar, kata Ku Li

Memali: Antara Musa dan Dr Mahathir, hanya seorang cakap benar, kata Ku Li

Written By Reformis on Friday, April 4, 2014 | April 04, 2014

Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berkata salah seorang antara Tun Musa Hitam atau Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap benar dalam insiden Memali.
Tengku Razaleigh berkata, beliau tidak mengetahui cerita sebenar di sebalik insiden berdarah tersebut walaupun ketika itu berada dalam Kabinet.
"Saya menteri Kabinet tetapi saya tidak tahu apa yang berlaku dan hanya membaca mengenainya dalam akhbar.
"Salah seorang antara mereka berdua bercakap benar," katanya ketika ditemui selepas melancarkan buku "Malaysia Kaya Rakyat Miskin" tulisan Anas Alam Faizli di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, semalam.
Tengku Razaleigh adalah menteri kewangan ketika peristiwa Memali berlaku.

Beliau yang lebih mesra dengan gelaran Ku Li berkata, beliau tidak mahu campur tangan dalam kontroversi tersebut memandangkan tidak mengetahui fakta sebenar insiden itu.
"Ia berlaku bertahun-tahun lalu, saya tidak mahu terlibat tanpa mngetahui fakta sebenar," katanya.
Mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), Tengku Razaleigh berkata, ia terpulang kepada kerajaan.
Selepas 29 tahun peristiwa Memali berlaku, Musa mendedahkan perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur, bukannya di China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.
Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Baru minggu lalu.
Turut serta dalam majlis itu sebagai panel adalah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan moderatornya adalah Profesor Madya Datuk Dr Mohmamad Agus Yusof.
Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu bahkan, "Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."
Dr Mahathir ketika mengulas pendedahan itu bagaimanapun tidak menafikannya tetapi berkata akan menyemak semula bagi memastikan kesahihan tuduhan Musa itu.
"Saya sedang kaji kebenaran tentang apa yang disebut oleh Tun Musa.
"Pasal ini berlaku sudah begitu lama saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul ataupun tidak," kata Dr Mahathir.
Peristiwa berdarah Memali mengorbankan Ibrahim Libya dan 13 pengikutnya serta empat polis yang bertugas dalam operasi tersebut.
PAS menyifatkan Ibrahim Libya dan 13 pengikutnya mati syahid manakala Sultan Kedah yang kini mYang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim pernah menziarahi kubur Ibrahim Libya dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka. – 4 April, 2014.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Berita Pilihan

Saiful rayu sumbangan RM1 seorang bantu kempen

PORT DICKSON: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan, merayu sumbangan RM1 seorang daripad...

Gambar Terkini

Gambar Terkini
Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan hari ini “bersalaman” dengan bekas “bosnya” yang meliwatnya.

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Nadi Reformasi - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template