Headlines News :
Perjuangan Reformasi....
Perjuangan ibarat mata rantai - Kita bukanlah yang memulakan da’wah dan tarbiyyah ini, tetapi kita adalah penyambung dan penerus kepada perjuangan dakwah ini. Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perjuangan rakyat yang ditindas sebelum ini. Kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik diketika zaman kita ini.
Home » , » Abim cadang Umno, PAS, PKR beri kefahaman hudud kepada DAP, MCA

Abim cadang Umno, PAS, PKR beri kefahaman hudud kepada DAP, MCA

Written By Reformis on Friday, April 4, 2014 | April 04, 2014

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) meminta Umno, PKR dan PAS menjelaskan isu hudud kepada rakan kongsi masing-masing khasnya kepada DAP dan MCA supaya mereka memahami hukum Islam itu.


Naib Presiden Abim, Hasri Harun, berkata Abim berpendapat keyakinan terhadap undang-undang syariah perlu dibina oleh Umno, PAS dan PKR dengan tumpuan terhadap stake holder utama BN dan Pakatan Rakyat iaitu MCA (BN) dan DAP (Pakatan Rakyat).

"Ini kerana kenyataan yang dikeluarkan pemimpin MCA dan DAP seolah-olah menggambarkan Umno, PAS dan PKR gagal memberikan pemahaman yang sepatutnya terhadap undang-undang syariah kepada kedua-dua rakan politik mereka," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau merujuk kepada beberapa kenyataan yang dikeluarkan berhubung pelaksanaan hukuman hudud di Kelantan.

Kenyataan dimulai dengan sokongan daripada Umno kepada kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukuman hudud di negeri tersebut.

Ia susulan daripada pengumuman Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub mengenai Kelantan akan meminta wakil rakyatnya membawa rang undang-undang persendirian ke Dewan Rakyat untuk membolehkan Rang Undang-undang jenayah Syariah II Kelantan dilaksanakan.

Susulan itu, Karpal Singh membuat bantahan dengan berkata Parlimen tidak boleh meluluskan permohonan itu kerana undang-undang itu bertentangan dengan perlembagaan.

MCA juga membuat kenyataan bantahan dan meminta DAP memastikan PAS tidak melaksanakan undang-undang itu di Kelantan.

Hasri berkata, Abim berpendapat pelaksanaan hukuman hudud memerlukan keinginan politik yang kuat dalam bentuk sokongan serta pemahaman daripada MCA dan DAP.

“Demi membentuk political will yang kuat ini, Umno, PAS dan PKR perlu menggalas tanggungjawab untuk mengetengahkan pemahaman menyeluruh serta akademik terhadap pelaksanaan hudud.

“Umno, PAS dan PKR perlu mengelak retorik perkauman serta keagamaan yang keterlaluan dalam menangani polemik itu.

"Semua pihak perlu bertanggungjawab untuk mengelakkan Islamofobia daripada disemarakkan ekoran daripada isu ini, yang boleh menjejaskan kestabilan politik serta hubungan antara agama di negara ini," katanya.

Beliau berkata, Abim memetik kajian yang dilakukan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) pada 2012 yang mendapati 42% masyarakat Cina percaya undang-undang Islam dapat menjamin keadilan untuk semua.

"Seharusnya Umno, PAS dan PKR memanfaatkan fakta ini untuk mengetengahkan dakwah kepada MCA, DAP dan PKR serta masyarakat bukan Islam," katanya.

Katanya, pelbagai kenyataan yang dikeluarkan pemimpin MCA dan DAP menggambarkan pemahaman serta persepsi mereka terhadap hudud masih rendah serta negatif.

“Pemahaman yang betul mampu mengetengahkan keindahan undang-undang Islam kepada masyarakat bukan Islam di negara ini,” katanya.

TMI
– 4 April, 2014.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Berita Pilihan

Saiful rayu sumbangan RM1 seorang bantu kempen

PORT DICKSON: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan, merayu sumbangan RM1 seorang daripad...

Gambar Terkini

Gambar Terkini
Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan hari ini “bersalaman” dengan bekas “bosnya” yang meliwatnya.

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Nadi Reformasi - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template