Headlines News :
Perjuangan Reformasi....
Perjuangan ibarat mata rantai - Kita bukanlah yang memulakan da’wah dan tarbiyyah ini, tetapi kita adalah penyambung dan penerus kepada perjuangan dakwah ini. Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perjuangan rakyat yang ditindas sebelum ini. Kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik diketika zaman kita ini.
Home » » Adik lelaki Lokman ditahan di bawah Akta Hasutan

Adik lelaki Lokman ditahan di bawah Akta Hasutan

Written By Senior Editor on Tuesday, October 2, 2018 | October 02, 2018


SHAH ALAM - Adik kepada Presiden Pemantau Malaysia Baharu (PMB), Datuk Lokman Noor Adam ditahan reman empat hari di bawah seksyen 4 Akta Hasutan bermula hari ini.

Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut bersabit perbuatan yang dilakukan adik Lokman.

"Benar kita menahannya pagi ini, dia direman empat hari bermula hari ini dan polis menyiasat kes ini di bawah Sekyen 4(1) Akta Hasutan," katanya.

Terdahulu berita mengenai penahanan itu dikongsi Lokman Noor di dalam laman sosial Instagram miliknya yang mendedahkan adiknya ditahan sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam, kira-kira pukul 3 pagi dirumahnya di Bukit Subang, di sini.

"Adik saya direman empat hari di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan di IPD Shah Alam. Sebelum pilihan raya, Akta Hasutan mahu dihapuskan, kini ia menjadi senjata utama mereka, tidak cukup saya, adik saya pula jadi mangsa," kata Lokman dipetik menerusi Instagramnya.

Lokman Noor mendakwa adiknya ditahan kerana telah menularkan status bergambar milik individu lain yang didakwa mengandungi gambar menghina Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di laman sosial Facebook.

"Saya bersetuju adik saya tidak sepatutnya mengongsikan 'posting' kenalan Facebook beliau yang mengandungi gambar seorang budak menghalakan punggung ke arah wajah Mahathir yang muncul di kaca televisyen.

"Saya mengutuk tindakan individu itu (kenalan adiknya) sama seperti saya mengutuk penyokong Bersih melakukan perkara sama terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dahulu.

"Sungguhpun begitu, tidak pula kita dengar penyokong Bersih tersebut ditahan pada pukul 3 pagi dibawah Akta Hasutan, kenapa ya?" Soalnya. Pada masa yang sama, beliau turut melahirkan rasa hairan apabila dua laporan polis yang dibuat di balai sama berkenaan penghinaan dua pemimpin Pakatan Harapan iaitu Datuk Abdul Kadir Jasin dan Hishammuddin Rais terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sehingga kini tiada sebarang pendakwaan. - K! ONLINE



NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Berita Pilihan

Saiful rayu sumbangan RM1 seorang bantu kempen

PORT DICKSON: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan, merayu sumbangan RM1 seorang daripad...

Gambar Terkini

Gambar Terkini
Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan hari ini “bersalaman” dengan bekas “bosnya” yang meliwatnya.

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Nadi Reformasi - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template