Headlines News :
Perjuangan Reformasi....
Perjuangan ibarat mata rantai - Kita bukanlah yang memulakan da’wah dan tarbiyyah ini, tetapi kita adalah penyambung dan penerus kepada perjuangan dakwah ini. Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perjuangan rakyat yang ditindas sebelum ini. Kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik diketika zaman kita ini.
Home » » Siapa disuruh mengaku bunuh Kevin Morais?

Siapa disuruh mengaku bunuh Kevin Morais?

Written By Senior Editor on Tuesday, October 2, 2018 | October 02, 2018


KUALA LUMPUR - Tertuduh ketujuh didakwa membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa peguam Datuk N. Sivananthan yang mewakili tertuduh pertama, Kolonel Dr R. Kunaseegaran telah menyuruhnya mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.

S. Ravi Chandaran, 47, berkata peguam itu turut berjanji untuk membebaskannya daripada tuduhan yang dihadapinya dan membelanya di Mahkamah Rayuan jika dia membuat pengakuan itu.

“Datuk Sivananthan suruh saya mengaku di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Beliau akan membela saya dan akan keluarkan saya,” katanya ketika pemeriksaan balas peguam Jasmine Cheong Chi May yang turut mewakili Dr Kunaseegaran, pada prosiding membela diri yang masuk hari ke-23, hari ini.

Ketika ditanya Cheong adakah Ravi Chandaran tahu bahawa undang-undang di Malaysia tidak membenarkan seseorang tertuduh mengaku bersalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, tertuduh menjawab, “saya tidak tahu mengenainya,”.

Kepada cadangan Cheong bahawa Sivananthan tidak pernah menawarkan dirinya untuk membela tertuduh di Mahkamah Rayuan serta menyuruh tertuduh mengaku bersalah di bawah seksyen itu kerana ia adalah sesuatu yang tidak logik, Ravi Chandaran berkata, “mereka cuma memberitahu saya sebegitu”.

Pada prosiding sebelum ini Ravi Chandaran mendedahkan kepada mahkamah bahawa dia ditawarkan wang RM1.5 juta oleh Dr Kunaseegaran jika mengaku bersalah membunuh Kevin Morais.

Lelaki itu mendakwa Dr Kunaseegaran juga memberitahu bahawa beliau akan melantik peguam lain untuk mewakili Ravi Chandaran di Mahkamah Rayuan selepas tertuduh mengaku bersalah.

R. Dinishwaran, A.K Thinesh Kumar, M. Vishwanath; S. Nimalan, Ravi Chandaran, dan Dr Kunaseegaran, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh Kevin Morais di dalam perjalanan dari Jalan Dutamas 1, Sentul ke No.1 Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya, antara jam 7 pagi dan 8 malam, 4 September 2015 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dinishwaran, 26, Thinesh Kumar, 25, Vishwanath; 28, Nimalan, 25, dan Ravi Chandaran, diwakili peguam V.Rajehgopal manakala Dr Kunaseegaran, 55, diwakili peguam Sivananthan dan Cheong manakala pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung esok. - Bernama

NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Berita Pilihan

Saiful rayu sumbangan RM1 seorang bantu kempen

PORT DICKSON: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan, merayu sumbangan RM1 seorang daripad...

Gambar Terkini

Gambar Terkini
Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan hari ini “bersalaman” dengan bekas “bosnya” yang meliwatnya.

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Nadi Reformasi - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template