Headlines News :
Perjuangan Reformasi....
Perjuangan ibarat mata rantai - Kita bukanlah yang memulakan da’wah dan tarbiyyah ini, tetapi kita adalah penyambung dan penerus kepada perjuangan dakwah ini. Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perjuangan rakyat yang ditindas sebelum ini. Kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik diketika zaman kita ini.
Home » » Asteroid bentuk tengkorak manusia bakal rentas bumi

Asteroid bentuk tengkorak manusia bakal rentas bumi

Written By Senior Editor on Tuesday, October 2, 2018 | October 02, 2018

SEBUAH asteroid berbentuk tengkorak manusia yang dinamakan 'Great Pumpkin' bakal merentasi bumi selepas sambutan Halloween pada tahun ini.

Asteroid yang dinamakan sempena buah labu yang sinonim dengan perayaan Halloween itu pernah merentasi bumi pada 31 Oktober 2015.
ADVERTISING

Selain gelaran 'Great Pumpkin' yang diberikan oleh saintis Nasa, ia turut dikenali sebagai Asteroid TB1456.

Sewaktu kemunculan terakhirnya sekitar tiga tahun lalu, ia dilaporkan boleh dilihat sejauh 300,000 batu dari bumi dan memiliki saiz 2,000 kaki (600 meter) dalam diameter.

Menurut perkiraan terbaharu Nasa, ia dijangka merentasi bumi sekali lagi pada 11 Oktober ini pada jarak yang lebih jauh sekitar 24 juta batu dari bumi.

Ia bersamaan dengan suku jarak antara bumi dengan matahari.

Asteroid itu turut disifatkan sebagai 'komet kematian' kerana bentuknya yang menyerupai tengkorak manusia.

Ia sebelum ini berjaya dikesan Nasa menerusi Fasiliti Teleskop Infra Merah (IRTF) di Manue Kea, Hawaii.

Imej lebih jelas asteroid yang memaparkan rupa tengkorak itu bagaimanapun berjaya diperolehi menerusi imej radar oleh Arecibo Observatory di Puerto Rico.

"Data IRTF menunjukkan yang ia mungkin sebuah komet yang sudah mati.

"Namun imej Arecibo pula menunjukkan yang ia berbentuk tengkorak seperti labu berhantu yang popular dalam sambutan Halloween," kata saintis IRTF, Kelly Fast.

Sementara itu, saintis kajian di Institut Sains Planetary di Arizona berkata, komet berkenaan memantulkan enam peratus cahaya yang diterima daripada matahari. - Mirror



NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Berita Pilihan

Saiful rayu sumbangan RM1 seorang bantu kempen

PORT DICKSON: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan, merayu sumbangan RM1 seorang daripad...

Gambar Terkini

Gambar Terkini
Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan hari ini “bersalaman” dengan bekas “bosnya” yang meliwatnya.

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Nadi Reformasi - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template