Headlines News :
Perjuangan Reformasi....
Perjuangan ibarat mata rantai - Kita bukanlah yang memulakan da’wah dan tarbiyyah ini, tetapi kita adalah penyambung dan penerus kepada perjuangan dakwah ini. Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perjuangan rakyat yang ditindas sebelum ini. Kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik diketika zaman kita ini.
Home » » Kerajaan Prihatin Nasib Nelayan

Kerajaan Prihatin Nasib Nelayan

Written By Senior Editor on Monday, October 1, 2018 | October 01, 2018


KUALA NERUS - Kerajaan Negeri Terengganu sedia membantu memberikan peruntukan untuk penambahbaikan infrastruktur bagi memastikan nasib golongan nelayan terbela.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, kerajaan akan menyediakan kemudahan asas seperti jeti nelayan, kemudahan elektrik, benteng hakisan dan sebagainya.

Menurutnya, nelayan adalah antara golongan yang berpendapatan rendah, pendapatan mereka tidak menentu bergantung kepada keadaan cuaca semasa dan harga barang di pasaran.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Pengguna Jeti Nelayan Pulau Duyong di Dewan Sivik Pulau Duyong, Kuala Nerus (28 September).



Dalam perkembangan yang sama, Dr Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut menyentuh berkenaan golongan yang berpendapatan rendah di bawah RM2,500 sebulan boleh mendaftar borang E-Kasih supaya mendapat manfaat daripada kemudahan yang kerajaan sediakan.

"Majlis Pengurusan Komuniti kampung (MPKK) bertanggungjawab memainkan peranan bagi mengenal pasti golongan ini," ujarnya.

Di samping itu, kerajaan negeri sedang merangka kertas kerja bagi meluluskan rawatan wad kelas tiga percuma di Hospital kerajaan Negeri Terengganu untuk seluruh warganegara Malaysia sebagaimana janji manifesto pada pilihanraya umum yang lalu selain daripada air percuma 20 meter padu pertama, kahwin percuma kali pertama, Rumah Mampu Milik (RMM) dan kad sejahtera bagi golongan yang layak.

Turut hadir, Pegawai Kebajikan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal, Wan fauzi Wan Harun dan wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setempat.

Safwan Syakir



NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Berita Pilihan

Saiful rayu sumbangan RM1 seorang bantu kempen

PORT DICKSON: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan, merayu sumbangan RM1 seorang daripad...

Gambar Terkini

Gambar Terkini
Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan hari ini “bersalaman” dengan bekas “bosnya” yang meliwatnya.

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Nadi Reformasi - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template