Home »
IT & Teknologi
» Lenovo Hadir Dengan Gambar Acah Penggunaan Empat-Kamera Pada Telefon Pintar
Lenovo Hadir Dengan Gambar Acah Penggunaan Empat-Kamera Pada Telefon Pintar
Written By Senior Editor on Monday, October 1, 2018 | October 01, 2018
Pada tahun ini, kita telah menyaksikan Huawei memulakan trend penggunaan tri-kamera yang kemudiannya turut diikuti beberapa pengeluar lain, termasuk Samsung. Kini, selangkah lebih daripada Huawei, Lenovo hadir dengan gambar acah memperlihatkan mereka mungkin hadir dengan telefon pintar menggunakan empat-kamera pada peranti mereka.
Malah, gambar acah yang hadir ke arena internet hari ini turut memperlihatkan rekaan susunan kamera seumpama pada telefon pintar Mate 20 akan datang.
Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan supaya tidak mempunyai jangkaan yang tinggi daripada Lenovo – memandangkan mereka sebelum ini pernah hadir dengan gambar acah menipu berbanding peranti yang dilancarkan. Sebelum ini, untuk gambar acah Lenovo Z5, pengeluar berkenaan memperlihatkan rekaan peranti nirbingkai – tetapi ketika dilancarkan ia hadir dengan skrin bertakuk, serta dagu peranti yang besar.
Apa pun, seperti biasa sama-sama kita nantikan sama ada Lenovo benar-benar akan hadir dengan telefon pintar menggunakan empat-kamera atau sebaliknya.
AMANZ
NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/
Related articles
- Facebook Menguji Paparan Facebook Stories Di Desktop
- Office 2016 Akan Dilancarkan Pada Pertengahan Kedua Tahun Ini
- B Shoe – Kasut Pintar Untuk Mengelakkan Warga Emas Terjatuh
- Kemaskini Windows 10 October Update Memperlihatkan Ciri-Ciri Baru Pada Game Bar Dan Game Mode
- Pembedahan Pemindahan Zakar Dan Skrotum Pertama Di Dunia Berjaya Dilakukan
Labels:
IT & Teknologi
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !