Headlines News :
Perjuangan Reformasi....
Perjuangan ibarat mata rantai - Kita bukanlah yang memulakan da’wah dan tarbiyyah ini, tetapi kita adalah penyambung dan penerus kepada perjuangan dakwah ini. Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perjuangan rakyat yang ditindas sebelum ini. Kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik diketika zaman kita ini.
Home » » Ahli UMNO tidak boleh terlibat dalam PRK Port Dickson

Ahli UMNO tidak boleh terlibat dalam PRK Port Dickson

Written By Senior Editor on Sunday, September 30, 2018 | September 30, 2018


KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan jentera UMNO Bahagian Telok Kemang tidak boleh mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson walaupun ada yang menyokong calon tertentu.

"Sebagai jentera di bahagian, mereka tidak boleh mengambil bahagian kerana kita memboikot PRK tersebut atas asas kita tidak suka cara PRK itu diadakan. Itu sebab kita kena betul-betul faham perkataan boikot," katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Agung UMNO 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan calon Bebas PRK berkenaan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang mendakwa pemimpin UMNO Bahagian Teluk Kemang bersetuju beliau bertanding di Port Dickson.

PRK Parlimen Port Dickson menyaksikan pertandingan tujuh penjuru antara calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon Pas dan lima calon Bebas termasuk Mohd. Isa dan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Kerusi Parlimen itu dikosongkan penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah pada 12 September lepas untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Ditanya tindakan yang akan diambil sekiranya ahli UMNO turun berkempen pada PRK itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan itu berkata, ia akan diputuskan kepimpinan parti.

Bagaimanapun, Mohamad Hasan berkata, ahli UMNO bahagian itu bebas mengundi siapa sahaja pilihan mereka dalam PRK pada 13 Oktober depan. - Bernama


NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Berita Pilihan

Saiful rayu sumbangan RM1 seorang bantu kempen

PORT DICKSON: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan, merayu sumbangan RM1 seorang daripad...

Gambar Terkini

Gambar Terkini
Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan hari ini “bersalaman” dengan bekas “bosnya” yang meliwatnya.

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Nadi Reformasi - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template