Headlines News :
Perjuangan Reformasi....
Perjuangan ibarat mata rantai - Kita bukanlah yang memulakan da’wah dan tarbiyyah ini, tetapi kita adalah penyambung dan penerus kepada perjuangan dakwah ini. Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perjuangan rakyat yang ditindas sebelum ini. Kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik diketika zaman kita ini.
Home » , » 384 korban gempa, tsunami Palu

384 korban gempa, tsunami Palu

Written By Senior Editor on Sunday, September 30, 2018 | September 30, 2018


JAKARTA - Banyak mayat ditemui semalam di sepanjang pesisiran pantai di bandar Palu di Pulau Sulawesi yang dilanda gempa bumi dan tsunami besar, manakala angka kematian meningkat kepada 384 orang dan beratus-ratus orang lagi belum dapat dikira, kata pihak berkuasa.

Gempa susulan juga berterusan menggegarkan bandar pesisir pantai tersebut pagi semalam selepas ombak setinggi 6 meter menyapu bandar pelancongan yang indah itu, yang dicetuskan oleh gempa bumi di daratan berskala 7.5 magnitud.

“Banyak mayat ditemui di sepanjang pesisiran pantai kerana tsunami, tetapi jumlah sebenar masih belum diketahui,” kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho dalam taklimat berita di Jakarta.


Beliau berkata, tsunami me­landa pantai berkenaan pada kelajuan 800 kilometer sejam.

“Beratus-ratus orang bersiap-sedia untuk meraikan festival pantai untuk menyambut ulang tahun Palu yang tidak dapat diketahui jumlah sebenar,” katanya. Perayaan tersebut bermula pada malam Jumaat.

Gambar-gambar yang disahkan oleh pihak berkuasa menunjukkan mayat-mayat yang disusun di sepanjang jalan, ada yang dima­sukkan ke dalam beg, manakala sebahagiannya pula ditutup wajah mereka dengan pakaian.

Rakaman amatur yang dita­yangkan oleh stesen televisyen tempatan menunjukkan air deras menghempas rumah-rumah di sepanjang pantai Palu, menye­lerakkan kontena perkapalan dan me­ngakibatkan banjir melimpah masuk ke dalam masjid di bandar.

Nugroho menyifatkan kerosakan itu sebagai amat besar dengan beribu-ribu rumah, hospital, pusat beli-belah dan hotel runtuh, jambatan hanyut dan lebuh raya utama ke Palu terputus akibat tanah runtuh.

Mayat beberapa mangsa ditemui terperangkap di bawah runtuhan bangunan, katanya, sambil menambah bahawa lebih 540 orang cedera.


Beratus-ratus mangsa yang tercedera sedang dirawat di khemah-khemah perubatan sementara yang dibina di luar, demikian ditunjukkan menerusi imej te­levisyen.

Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) mengeluarkan amaran tsunami selepas kejadian gempa itu, tetapi menariknya semula 34 minit kemudian.

Agensi tersebut telah dikritik secara meluas kerana tidak memaklumkan tsunami telah me­landa Palu semalam.

Gempa bumi dan tsunami yang berlaku telah menyebabkan gangguan bekalan kuasa utama yang menyekat komunikasi di sekitar Palu dan pihak berkuasa masih mengalami kesulitan menyela­raskan usaha menyelamat semalam.

BNPB juga masih belum mendapat sebarang maklumat dari pekan nelayan Donggala yang terletak lebih dekat dengan pusat gempa iaitu dalam jarak 27 kilo­meter.

Lebih 600,000 orang penduduk tinggal di Donggala dan Palu.

Menteri Ketua Keselamatan, Wiranto memberitahu rangkaian televisyen TVOne bahawa pihak tentera telah mula menghantar pesawat kargo dari ibu kota Jakarta yang membawa bantuan kemanusiaan.

Lapangan terbang di bandar itu masih ditutup selepas landasan dan menara kawalan udara rosak akibat gempa tersebut.

Bagaimanapun pihak berkuasa berkata mereka sedang bersedia untuk membuka semula lapangan terbang itu bagi membolehkan bantuan masuk.

Palu pernah dilanda tsunami pada tahun 1927 dan 1968, menurut BNPB. Sementara gempa di Lombok pada Julai lalu menyebabkan lebih 550 orang terbunuh. – Reuters


NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Berita Pilihan

Saiful rayu sumbangan RM1 seorang bantu kempen

PORT DICKSON: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan, merayu sumbangan RM1 seorang daripad...

Gambar Terkini

Gambar Terkini
Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan hari ini “bersalaman” dengan bekas “bosnya” yang meliwatnya.

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Nadi Reformasi - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template