Headlines News :
Perjuangan Reformasi....
Perjuangan ibarat mata rantai - Kita bukanlah yang memulakan da’wah dan tarbiyyah ini, tetapi kita adalah penyambung dan penerus kepada perjuangan dakwah ini. Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perjuangan rakyat yang ditindas sebelum ini. Kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik diketika zaman kita ini.
Home » , » 51 item alami kenaikan harga susulan pelaksanaan SST

51 item alami kenaikan harga susulan pelaksanaan SST

Written By Journalist on Thursday, October 4, 2018 | October 04, 2018


Sebanyak 51 item dalam sektor perkhidmatan mengalami kenaikan harga manakala 29 item dalam sektor pengeluaran makanan pula mengalami penurunan harga sejak pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September lalu.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Zubir Hamsa berkata, kenaikan harga 51 item itu adalah antara lima dan 10 peratus melibatkan perkhidmatan servis kenderaan dan perhotelan.

“Menariknya 29 item dari sektor pengeluaran iaitu kilang pengeluaran makanan telah mengalami penurunan harga dan harga tersebut adalah lebih rendah berbanding semasa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) iaitu antara empat hingga enam peratus,” katanya kepada pemberita selepas pemeriksaan pelaksanaan SST bersama Kastam Diraja Malaysia (KDRM), di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua itu dikesan dalam pemeriksaan dan semakan berkaitan maklumat harga dan SST di 12 premis yang terlibat dalam aktiviti pengeluaran dan lima premis penyedia perkhidmatan di Seremban, Senawang, Nilai dan Port Dickson.

“Berdasarkan pemantauan terhadap 384 barang dan perkhidmatan tersebut sebanyak 304 item lagi tidak berubah harganya,” katanya.

Pelaksanaan Operasi Catut 5.0 dan Pemeriksaan SST melibatkan 22 pegawai KPDNHEP negeri dan 15 Pegawai KDRM Negeri Sembilan yang diketuai oleh Penolong Pengarah Kanan KDRM negeri Wan Abdul Halim Wan Mohd.

Zubir juga mengingatkan pengguna agar membuat laporan kepada KPDHEP jika terdapat perubahan harga dan aktiviti pencatutan.

“Boleh kemukakan aduan dengan keterangan yang jelas, butiran lengkap berkaitan dengan alamat tempat yang diadu, butiran barangan dan harga serta resit pembelian supaya memudahkan siasatan dan tindakan ke atas peniaga tersebut,” katanya. – Bernama



NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Berita Pilihan

Saiful rayu sumbangan RM1 seorang bantu kempen

PORT DICKSON: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan, merayu sumbangan RM1 seorang daripad...

Gambar Terkini

Gambar Terkini
Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan hari ini “bersalaman” dengan bekas “bosnya” yang meliwatnya.

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Nadi Reformasi - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template