Headlines News :
Perjuangan Reformasi....
Perjuangan ibarat mata rantai - Kita bukanlah yang memulakan da’wah dan tarbiyyah ini, tetapi kita adalah penyambung dan penerus kepada perjuangan dakwah ini. Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perjuangan rakyat yang ditindas sebelum ini. Kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik diketika zaman kita ini.
Home » , » Hilang kelayakan: Jangan undi calon PH

Hilang kelayakan: Jangan undi calon PH

Written By Senior Editor on Thursday, October 4, 2018 | October 04, 2018


PORT DICKSON: PAS memberi isyarat jelas kepada para pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Parlimen Port Dickson untuk membuat pilihan bijak dengan tidak mengundi calon Pakatan Harapan (PH) Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 13 Oktober nanti.

Menjelaskan perkara tersebut, Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan berkata Anwar sebenarnya hilang kelayakan untuk bertanding berdasarkan Perkara 48 Fasal 1(e).

Artikel tersebut menerangkan dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas.

"Isunya sekarang ini, Anwar tidak diberi free pardon tetapi hanya dibenarkan dan diberikan pembebasan serta merta kepada beliau berkuatkuasa 16 Mei 2018 setelah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V atas nasihat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Jelas di sini apa yang disebut dalam kenyataan media Istana Negara bertarikh 16 Mei 2018 adalah pengampunan penuh oleh kuasa Yang di-Pertuan Agong iaitu pengampunan untuk tidak meneruskan hukuman penjara tapi tidak diberikan free pardon," katanya pada sidang media PRK Port Dickson di sini. – HARAKAHDAILY 3/10/2018



NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Berita Pilihan

Saiful rayu sumbangan RM1 seorang bantu kempen

PORT DICKSON: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan, merayu sumbangan RM1 seorang daripad...

Gambar Terkini

Gambar Terkini
Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan hari ini “bersalaman” dengan bekas “bosnya” yang meliwatnya.

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Nadi Reformasi - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template