Headlines News :
Perjuangan Reformasi....
Perjuangan ibarat mata rantai - Kita bukanlah yang memulakan da’wah dan tarbiyyah ini, tetapi kita adalah penyambung dan penerus kepada perjuangan dakwah ini. Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perjuangan rakyat yang ditindas sebelum ini. Kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik diketika zaman kita ini.
Home » , » Shafee peguam Najib hentam pendakwa dapat dokumen tak tahu mana satu kepala dan ekor

Shafee peguam Najib hentam pendakwa dapat dokumen tak tahu mana satu kepala dan ekor

Written By Senior Editor on Thursday, October 4, 2018 | October 04, 2018



Peguam bela kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyuarakan rasa tidak puas hatinya selepas prosiding di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berakhir hari ini.

Antara isu yang dibangkitkan peguam kanan itu ialah, ada sebahagian daripada kandungan dokumen yang diserahkan kepadanya - dalam bentuk cakera padat (CD) - tidak boleh dibaca.

"Kira-kira satu per tiga daripada dokumen di dalam CD tak boleh dibaca. Lebih memburukkan keadaan, dokumen di dalam CD bukanlah keseluruhan dokumen.

"Kami tak tahu mana kepala mana ekor, tiada indeks.

"Adakah semasa perbicaraan nanti, saya perlu buka laptop (komputer riba) dan mencari fail untuk merujuk dokumen? Ia akan menyusahkan dan meyakitkan hati semua pihak," katanya.

Menurut Muhammad Shafee lagi, serahan dokumen kepada pihak peguam bela dalam bentuk CD itu adalah yang pertama dalam sejarah mahkamah di Malaysia.

"Kalau ini boleh terjadi kepada seorang VIP (orang kenamaan), pasti ia boleh terjadi kepada anda, anak anda, cucu-cicit anda," katanya.

Muhammad Shafee berkata demikian pada sidang media di depan pintu masuk Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Sementara itu Muhammad Shafee membangkitkan hujah pendakwa bahawa beliau dan peguamnya tidak memberikan tarikh untuk sidang prabicara (pre-trial conference) bagi membangkitkan semua isu berkaitan dokumen.

"Apa gunanya berjumpa (dengan pihak pendakwa) jika dokumen tidak diberikan kepada kami?" katanya.

Justeru kata Muhammad Shafee segala masalah dan pertikaian berkenaan dokumen perbicaraan itu akan dibangkitkan pihaknya pada 31 Oktober nanti.

Untuk rekod sebutan kes untuk Najib hari ini adalah mengenai tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Prosiding itu dilakukan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Berita Pilihan

Saiful rayu sumbangan RM1 seorang bantu kempen

PORT DICKSON: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan, merayu sumbangan RM1 seorang daripad...

Gambar Terkini

Gambar Terkini
Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan hari ini “bersalaman” dengan bekas “bosnya” yang meliwatnya.

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Nadi Reformasi - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template