Headlines News :
Perjuangan Reformasi....
Perjuangan ibarat mata rantai - Kita bukanlah yang memulakan da’wah dan tarbiyyah ini, tetapi kita adalah penyambung dan penerus kepada perjuangan dakwah ini. Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perjuangan rakyat yang ditindas sebelum ini. Kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik diketika zaman kita ini.
Home » » Najib dan Rosmah hadapi 49 pertuduhan

Najib dan Rosmah hadapi 49 pertuduhan

Written By Senior Editor on Thursday, October 4, 2018 | October 04, 2018


Isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor didakwa dengan 17 pertuduhan pengubahan wang haram pagi ini.

Bersama-sama dengan 32 pertuduhan terhadap suaminya atas pelbagai kesalahan, secara keseluruhan pasangan yang pernah menjadi individu paling berkuasa di negara ini menghadapi 49 pertuduhan.

Ikat jamin bagi pasangan itu ditetapkan sebanyak RM6.5 juta, dengan ikat jamin terhadap Rosmah hari ini ditetapkan RM2 juta, manakala Najib perlu membayar RM1 juta dan RM3.5 juta bagi kes melibatkan SRC International dan 1MDB.

Rosmah menghadapi 12 pertuduhan berkaitan kemasukan RM7.1 juta ke akaun peribadinya dari tahun 2013 hingga 2017, dan lima lagi pertuduhan kerana tidak mengisytiharkan kemasukan tersebut dalam penyata cukai pendapatannya.

Semua pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Amlatfa).

Seksyen 4 (1) membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun, dan denda lima kali jumlah wang yang terlibat atau bersamaan RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Bagaimanapun, untuk sembilan pertuduhan dan pertuduhan ke-13, kertas pertuduhan menyatakan bahawa beliau boleh didenda tidak lebih daripada RM5 juta, atau dipenjarakan sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Sementara itu, Najib menghadapi 25 pertuduhan berkaitan 1MDB dan tujuh pertuduhan membabitkan SRC International Sdn bhd.

Dalam kes pertuduhan membabitkan 1MDB, 21 daripadanya adalah pengubahan wang haram dan empat pertuduhan kerana salahguna kuasa.

Pertuduhan pengubahan wang haram menyebut bahawa Najib telah menerima RM2.08 bilion daripada Tanore Finance Corp, dana yang beliau gunakan untuk membayar RM22.6 juta kepada Umno dan penerima lain.

Tuduhan itu juga menyatakan Najib telah memindahkan semula RM2.034 bilion kepada Tanore dan RM162.4 juta ke akaunnya sendiri.

Pertuduhan pengubahan wang haram itu juga dibuat di bawah Seksyen 4 (1) Amlatfa.

Sementara itu, empat pertuduhan salahguna kuasa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM, melibatkan RM2.28 bilion yang didakwa diterima daripada 1MDB.

Dalam pertuduhan membabitkan SRC International, ia merangkumi tiga kesalahan pengubahan wang haram, tiga kesalahan jenayah pecah amanah dan satu salah guna kuasa kerana menerima RM42 juta daripada bekas anak syarikat 1MDB itu.

Bagi kesalahan jenayah pecah amanah boleh dihukum di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara dua hingga 20 tahun, sebatan dan denda.

Bagaimanapun dalam kes membabitkan jenayah rogol, lelaki berusia 50 tahun ke atas dikecualikan daripada sebatan.

Najib berusia 65 tahun pada tahun ini.



NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Berita Pilihan

Saiful rayu sumbangan RM1 seorang bantu kempen

PORT DICKSON: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan, merayu sumbangan RM1 seorang daripad...

Gambar Terkini

Gambar Terkini
Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan hari ini “bersalaman” dengan bekas “bosnya” yang meliwatnya.

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Nadi Reformasi - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template