Headlines News :
Perjuangan Reformasi....
Perjuangan ibarat mata rantai - Kita bukanlah yang memulakan da’wah dan tarbiyyah ini, tetapi kita adalah penyambung dan penerus kepada perjuangan dakwah ini. Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perjuangan rakyat yang ditindas sebelum ini. Kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik diketika zaman kita ini.
Home » » Selebriti cetus pengaruh, ubah persepsi hijab

Selebriti cetus pengaruh, ubah persepsi hijab

Written By Senior Editor on Thursday, October 4, 2018 | October 04, 2018



KUALA LUMPUR - Selebriti berhijab mempunyai pengaruh yang sangat besar ke atas budaya pemakaian hijab dalam kalangan generasi muda sekaligus mengubah persepsi pemakaian litup kepala yang sering mendapat konotasi negatif.

Pensyarah Jabatan Komunikasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Tengku Siti Aisha Tengku Mohd Azzman berkata, berdasar kajiannya yang bertajuk '’Celebrity-fan Engagement on Instagram and How It Influences Perceptions on Hijab Culture Among Muslim Women in Malaysia", hampir 42 peratus pengaruh budaya berhijab datangnya dari golongan penghibur (artis).

"Selebriti laman sosial seperti personaliti You Tube, Blogger atau Vlogger dan laman sosial yang lain pula mempengaruhi kira-kira 27 peratus, usahawan wanita (22 peratus) dan selebihnya selebriti dari industri lain,” katanya kepada Bernama.

Di Malaysia katanya, lima selebriti berhijab iaitu Vivy Yusof, Shazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina, Neelofa, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Hanis Zalikha antara ‘trendsetter’ yang dikatakan mengubah corak pemakaian dan penerimaan tudung di negara ini.

Jelasnya, pemakaian hijab kontemporari selari dengan syariah yang ditonjolkan selebriti berkenaan menyebabkan hijab semakin diterima oleh masyarakat.

“Gaya penampilan berhijab mereka itu membuktikan litup kepala boleh dipakai di mana-mana majlis malah syarikat-syarikat yang dulunya mempunyai polisi yang ‘berat sebelah’ terhadap hijab, mula bersikap terbuka seperti mana yang dilakukan oleh beberapa syarikat penerbangan dan badan beruniform,” katanya.

Bukan itu saja, latar belakang selebriti yang pelbagai `warna’ itu juga membuatkan lebih ramai wanita berhijab di Malaysia tampil berani menerokai bidang-bidang yang dulunya terhad untuk mereka seperti penerbangan, tentera dan sukan.

“Banyak organisasi terutama sektor korporat kini lebih fleksibel kerana wanita berhijab ini sudah membuktikan tak semestinya bertudung itu tak cekap dalam membuat kerja dan bagi saya, Vivy Yusof adalah contoh terbaik usahawan berhijab yang berjaya,” katanya.

Tengku Siti Aisha juga menjelaskan, pengaruh selebriti itu bukan saja melibatkan penggayaan hijab tetapi juga mencetuskan ruang dan peluang golongan wanita menjadi usahawan tudung secara profesional.

Katanya, selain aspek reputasi selebriti itu, penting juga untuk dinilai bagaimana selebriti berkenaan menggunakan platform laman sosial untuk meluaskan perniagaan dan mencipta empayar mereka sendiri yang boleh dijadikan ikutan golongan muda yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan. - Bernama


NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Berita Pilihan

Saiful rayu sumbangan RM1 seorang bantu kempen

PORT DICKSON: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan, merayu sumbangan RM1 seorang daripad...

Gambar Terkini

Gambar Terkini
Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan hari ini “bersalaman” dengan bekas “bosnya” yang meliwatnya.

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Nadi Reformasi - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template