Headlines News :
Perjuangan Reformasi....
Perjuangan ibarat mata rantai - Kita bukanlah yang memulakan da’wah dan tarbiyyah ini, tetapi kita adalah penyambung dan penerus kepada perjuangan dakwah ini. Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perjuangan rakyat yang ditindas sebelum ini. Kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik diketika zaman kita ini.
Home » » NUTP sambut baik pelan strategik ringan beban tugas guru

NUTP sambut baik pelan strategik ringan beban tugas guru

Written By Senior Editor on Thursday, October 4, 2018 | October 04, 2018


PUTRAJAYA - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyambut baik usaha kerajaan untuk merangka pelan strategik dalam membebaskan guru-guru daripada kerja perkeranian.

Presiden NUTP berkata, Kamarozaman Abd Razak berkata sudah tiba masanya negara ini melaksanakan transformasi dalam bidang pendidikan dengan memberi peluang guru-guru fokus kepada tugas hakiki dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pada masa yang sama Kamarozaman berkata, istilah tugas perkeranian yang digunapakai adalah tidak tepat sebaliknya guru-guru terbeban dengan urusan dokumentasi di sekolah.

“Apabila dikatakan tugas perkeranian oleh guru-guru, ianya mencetus perbalahan kerana sesetengah berpendapat tugas-tugas tersebut perlu ditolak kepada kerani sekolah sedangkan kerani juga punya tugas dan justifikasi berbeza,”katanya.

Mengulas tentang beban tugas guru dalam urusan dokumentasi, Kamarozaman berkata, sebenarnya, tiada masalah bagi pihak guru-guru untuk melakukan urusan dokumentasi namun terdapat begitu banyak arahan yang dikeluarkan oleh kementerian, jabatan pendidikan dan pejabat pendidikan daerah menyebabkan arahan yang bertindan.

“Arahan-arahan daripada kementerian, jabatan dan PPD perlu diminimumkan dan ditapis kerana ada sesetengahnya remeh dan sebenarnya tidak perlu dilaksanakan,”katanya.

Selain itu, beliau berkata guru-guru juga berdepan tugas berganda apabila perlu memasukkan data secara online dan pada masa yang sama ianya perlu ditulis secara manual di atas kertas.

“Ini menjadikan kerja tersebut tidak sistematik dan kemudahan ICT tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Ketika kita diminta sahut seruan jimat kertas, guru diarahkan untuk mencetak data. Dalam keadaan berjimat sengan kos peruntukan yang terhad, pihak sekolah perlu mencari dana dan meminta derma daripada ibu bapa murid,”katanya.

Tambah Kamarozaman, seperkara lagi yang menjadi masalah utama guru-guru adalah berkaitan kemudahan internet dan jalur lebar di sekolah yang disifatkan terlalu teruk.

Menurutnya masalah internet dan wifi menjadikan kerja guru yang bertimbun tergendala dan menyebabkan ianya lambat diselesaikan.

“Guru-guru terpaksa menunggu signal internet yang lancar untuk menyambung kerja. Kemudahan internet yang ada ketika ini perlu dinaik taraf supaya kerja guru lancar dan dan dapat diselesaikan dengan cepat,”katanya.

Tambah beliau, dalam mengajar di abad ke-21, kemudahan internet haruslah dipertingkatkan kerana banyak modul pengajaran dan pembelajaran lebih inovatif dan memerlukan kemudahan tersebut.

“Kesemua faktor tersebut menjadikan guru-guru sekolah tertekan, dan tidak boleh tumpu perhatian kepada tugas mengajar, malah ramai juga yang bersara awal,”katanya.

Beliau berkata guru-guru ditekan untuk mengejar KPI dengan banyak aktiviti kokurikulum dan program kementerian dan terlibat program berunsur politik.

Dalam melakukan transformasi pendidikan, wajar kiranya kerajaan menyerahkan kuasa kepada sekolah untuk diurus oleh guru-guru mengikut kreativiti mereka tanpa dikawal kementerian.

“ Back to basic, jika bagus sekolah tersebut, ia disebabkan kecekapan guru-guru di sekolah. Bersemuka dan beri pengajaran kepada murid adalah asas bukan melalui pelbagai aktiviti yang tidak penting,”katanya.

Selain itu, Kamarozaman berkata, NUTP sebelum ini pernah mengesyorkan alternatif bagi mengatasi bebanan tugas guru dengan mewujudkan pembantu guru gred N19.

Cadangan ini realistik namun kementerian menolak cadangan itu kerana ianya memerlukan kos yang tinggi.

Dalam pada itu, Kamarozaman mengingatkan kepada guru-guru yang aktif terlibat berniaga supaya memohon kebenaran dan membuat akujanji kepada ketua mereka supaya aktiviti perniagaan yang dilakukan tidak mengganggu tugas hakiki mereka.

“Tidak menjadi kesalahan untuk guru-guru berniaga atau terlibat dalam sebarang aktiviti lain selain mengajar namun mereka perlu memohon kebenaran dan membuat akujanji kepada Ketua Setiausaha (KSU)

NUTP tidak mahu bersekongkol dengan guru yang tidak masuk kelas kerana sibuk dengan aktiviti lain dan berprestasi rendah. Pengetua dan Guru Besar perlu memantau guru-guru tersebut supaya profession guru tidak ditohmah sabagai kerjaya untuk berehat-rehat.

NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Berita Pilihan

Saiful rayu sumbangan RM1 seorang bantu kempen

PORT DICKSON: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan, merayu sumbangan RM1 seorang daripad...

Gambar Terkini

Gambar Terkini
Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan hari ini “bersalaman” dengan bekas “bosnya” yang meliwatnya.

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Nadi Reformasi - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template