Headlines News :
Perjuangan Reformasi....
Perjuangan ibarat mata rantai - Kita bukanlah yang memulakan da’wah dan tarbiyyah ini, tetapi kita adalah penyambung dan penerus kepada perjuangan dakwah ini. Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perjuangan rakyat yang ditindas sebelum ini. Kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik diketika zaman kita ini.
Home » » Biar Dr M jadi PM sepenggal, bukan pemimpin ‘bernafsu’ kuasa

Biar Dr M jadi PM sepenggal, bukan pemimpin ‘bernafsu’ kuasa

Written By Assistant Editor on Saturday, September 29, 2018 | September 29, 2018



KUALA NERANG, 29 Sept — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu diberi peluang untuk terus kekal mentadbir negara sehingga habis tempoh penggal pentadbiran selama lima tahun, kata presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, usaha beberapa pihak termasuk ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ingin mengambil alih jawatan perdana menteri secepat mungkin adalah satu tindakan yang tidak mengikut moral politik yang sepatutnya.


“Kita tidak mahu orang yang bernafsu memerintah kerana bimbang bila jadi pemimpin mereka tidak pegang amanah yang diberikan. Jadi biar perdana menteri sekarang tadbir negara selagi dia mampu untuk menjalankan tugas.

“Walaupun tak sebati (sependapat), kena bagi tempoh yang cukup dan jangan berhenti (mentadbir) tengah jalan kerana Tun Mahathir banyak pengalaman dan mampu untuk laksanakan tugas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Abdul Hadi menyampaikan ucap tama pada konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) yang turut dihadiri ketua pegawai eksekutif KIDU Zawawi Ahmad dan pengerusi majlis KIDU Datuk Dr Abd Isa Ismail.

Ditanya mengenai kewajaran Anwar bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) parlimen Port Dickson dalam usaha menjadi perdana menteri, Abdul Hadi berkata beliau menyerahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan bagi menentukan siapa yang patut mentadbir negara.

Mengulas sama ada PAS bekerjasama dengan Umno untuk menghadapi PRK Port Dickson, beliau berkata kerjasama yang ada ialah persefahaman mengenai calon seperti semasa PRK Balakong dan Seri Setia.

“Bila Umno tidak letak calon, PAS letak calon jadi itu kerjasama la... Dari aspek gerak kerja pula kita masih belum tahu lagi tapi sekiranya Umno hendak tolong kita berbesar hati, nak bagi derma pun boleh.

“Dari segi undi pula, tidak boleh mengharapkan undi daripada ahli PAS sahaja kerana ahli kita tidak cukup sebab itu kena ada undi parti lain juga baru boleh cukup untuk menang.

“Tak mustahil untuk PAS menang sebab apapun boleh jadi dalam politik,” katanya.

PRK Port Dickson pada 13 Okt ini bakal menyaksikan pertembungan tujuh penjuru di antara Anwar sebagai calon Pakatan Harapan, calon PAS Lt-Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dan lima calon Bebas termasuk bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. — Bernama


NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Berita Pilihan

Saiful rayu sumbangan RM1 seorang bantu kempen

PORT DICKSON: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan, merayu sumbangan RM1 seorang daripad...

Gambar Terkini

Gambar Terkini
Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan hari ini “bersalaman” dengan bekas “bosnya” yang meliwatnya.

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Nadi Reformasi - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template