Headlines News :
Perjuangan Reformasi....
Perjuangan ibarat mata rantai - Kita bukanlah yang memulakan da’wah dan tarbiyyah ini, tetapi kita adalah penyambung dan penerus kepada perjuangan dakwah ini. Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perjuangan rakyat yang ditindas sebelum ini. Kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik diketika zaman kita ini.
Home » » Perarakan sederhana mengiringi calon

Perarakan sederhana mengiringi calon

Written By Assistant Editor on Saturday, September 29, 2018 | September 29, 2018


PORT DICKSON: Calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Nazari Mokhtar tiba di pekarangan tempat berkumpul di SMK Datuk Haji Abdul Samad tepat jam 7:35 pagi.

Perarakan mengiringi calon ke pusat penamaan calon akan diiringi oleh para pimpinan kanan PAS, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib-naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, Dato' Iskandar Abdul Samad, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Dr Mahfodz Muhammad, Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr Rosni Adam, Pengerusi DHPP PAS Pusat, N Balasubramaniam, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Ustaz Mustaffa Daharun dan ramai lagi.

Hingga setakat jam ini, semakin ramai datang berkumpul memberi sokongan kepada calon PAS yang akan berentap pada PRK P.132 Port Dickson menyaksikan kemungkinan lawan lapan penjuru.

Perarakan akan bermula selepas solat hajat pada jam 7:55 pagi yang diimami oleh Timbalan Presiden PAS.

Hari ini merupakan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.132 Port Dickson bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson.

Perarakan calon PAS bergerak pada jam 8:10 pagi yang dijangka jaraknya satu kilometer dari tempat berkumpul ke pusat penamaan calon.

Tempoh masa untuk mengemukakan Kertas Penamaan Calon akan bermula dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. – HARAKAHDAILY 29/9/2018

NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Berita Pilihan

Saiful rayu sumbangan RM1 seorang bantu kempen

PORT DICKSON: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan, merayu sumbangan RM1 seorang daripad...

Gambar Terkini

Gambar Terkini
Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan hari ini “bersalaman” dengan bekas “bosnya” yang meliwatnya.

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Nadi Reformasi - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template