Headlines News :
Perjuangan Reformasi....
Perjuangan ibarat mata rantai - Kita bukanlah yang memulakan da’wah dan tarbiyyah ini, tetapi kita adalah penyambung dan penerus kepada perjuangan dakwah ini. Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perjuangan rakyat yang ditindas sebelum ini. Kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik diketika zaman kita ini.
Home » » Kerajaan ada kuasa, haramkan kahwin bawah umur, kata Ambiga

Kerajaan ada kuasa, haramkan kahwin bawah umur, kata Ambiga

Written By Reformis on Saturday, September 29, 2018 | September 29, 2018


KUALA LUMPUR, 28 Sept — Kerajaan perlu lebih berani dalam membuat keputusan yang tegas mengenai isu perkahwinan kanak-kanak, kata peguam dan aktivis hak asasi manusia Datuk Ambiga Sreenevasan hari ini.

Beliau berkata, hak kanak-kanak perlu dilindungi dan pengharaman perkahwinan kanak-kanak hanya memerlukan kerajaan meluluskan satu undang-undang bagi menghalangnya.

“Saya berpendapat kerajaan tidak perlu takut dan saya tahu akan terdapat kumpulan berbeza bercakap perkara yang berbeza (seperti) budaya dan agama, tetapi kerajaan perlu mempunyai keberanian dan kerajaan perlu mendahului berhubung isu perkahwinan kanak-kanak

“Dan itulah yang saya suka melihatnya. Mereka perlu lebih jelas mengenai perkara itu,” katanya dalam program temubual secara langsung ‘The Nation’ di Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama.

Beliau memberi pandangan berikutan kontroversi perkahwinan kanak-kanak di negara ini dengan isu berkenaan begitu banyak diperbahaskan oleh banyak pihak.

Kontroversi itu heboh diperkatakan susulan perkahwinan seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun dengan seorang lelaki berusia 41 tahun di Kelantan pada Julai. Kes yang seumpama juga dilaporkan di negeri yang sama awal bulan ini di mana seorang gadis berumur 15 tahun berkahwin dengan lelaki berumur 44 tahun berikutan kemiskinan keluarga.

“Saya berpendapat adalah amat sukar bagi sesiapa untuk mempersoal bahawa pengharaman perkahwinan kanak-kanak adalah sesuatu yang amat tidak baik kepada Malaysia secara keseluruhan.

“Saya fikir ia adalah antara perkara yang kerajaan kita perlu lakukan dengan meluluskan undang-undang dan mereka perlu lakukannya kerana kanak-kanak kita adalah suatu anugerah yang berharga kepada kita. Mereka adalah masa hadapan negara dan anda tidak boleh mengahwinkan mereka pada umur 11 tahun,” katanya.

Mengenai perkara lain, Ambiga berkata kerajaan baru telah melakukan yang terbaik meskipun menghadapi banyak cabaran dan terpaksa membersihkan masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan sebelum ini.

“Jangkaan mereka adalah terlalu tinggi setakat ini melainkan beberapa isu. Saya berpendapat mereka telah lakukan yang terbaik. Saya gembira melihat mereka mempunyai kegigihan yang lebih apabila berhadapan isu sensitif. — Bernama
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Berita Pilihan

Saiful rayu sumbangan RM1 seorang bantu kempen

PORT DICKSON: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan, merayu sumbangan RM1 seorang daripad...

Gambar Terkini

Gambar Terkini
Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan hari ini “bersalaman” dengan bekas “bosnya” yang meliwatnya.

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Nadi Reformasi - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template