Headlines News :
Perjuangan Reformasi....
Perjuangan ibarat mata rantai - Kita bukanlah yang memulakan da’wah dan tarbiyyah ini, tetapi kita adalah penyambung dan penerus kepada perjuangan dakwah ini. Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perjuangan rakyat yang ditindas sebelum ini. Kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik diketika zaman kita ini.
Home » » BN kekal kemenangan tiga Dun di Perak

BN kekal kemenangan tiga Dun di Perak

Written By Reformis on Saturday, September 29, 2018 | September 29, 2018


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan kemenangan BN bagi kerusi Dun Hutang Melintang, Changkat Jong dan Lubok Merbau selepas menolak petisyen pilihan raya difailkan seorang calon PKR dan dua calon daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi mencabar keputusan PRU14 bagi kawasan Dun itu.

Ini berikutan keputusan Hakim Collin Lawrence Sequerah , yang membenarkan bantahan awal, masing-masing dikemukakan Adun Hutan Melintang Khairuddin Tarmizi, Adun Changkat Jong Mohd Azhar Jamaluddin dan Adun Lubok Merbau Jurij Jalaludin selaku responden terhadap petisyen pilhan raya yang dikemukakan tiga pempetisyen itu.

Petisyen Hutan Melintang dikemukakan G. Manivannan dari PKR manakala Faizul Mohamed Ismail dan Zulkarnine Hashim dari Bersatu masing-masing memfailkan petisyen untuk Changkat Jong dan Lubok Merbau.

Sequerah di dalam penghakiman ringkasnya berkata mahkamah mendapati ketiga-tiga penyampaian petisyen pilihan raya bagi kawasan berkenaan tidak mematuhi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Hakim itu berkata aduan oleh Zulkarnine bahawa Jurij memegang jawatan yang berpendapatan sebagai pengetua sekolah agama, tidak boleh dipertahankan.

Sequerah berkata ia adalah kerana berdasarkan afidavit yang diikrarkan Adun Lubok Merbau itu menunjukkan bahawa beliau sudah meletakkan jawatan sebelum pilihan raya.

Mahkamah sehubungan itu mengisytiharkan ketiga-tiga mereka sebagai Adun yang dilantik secara sah.

Sequerah turut memerintahkan Manivannan, Zulkarnine dan Faizul, masing-masing membayar kos RM10,000 kepada setiap Adun itu.

Dalam petisyen yang difailkan secara berasingan itu, ketiga-tiga pempetisyen memohon perintah mahkamah untuk membatalkan keputusan pilihan raya dimenangi tiga Adun berkenaan dan perintah untuk mengadakan pilihan raya kecil selepas mendakwa terdapat amalan rasuah ketika tempoh berkempen sebelum pilihan raya diadakan pada 9 Mei lepas.

Sementara itu, Jurij yang diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun ketika ditemui berkata, beliau bersyukur kerana perkara itu sudah selesai dan mahkamah mengesahkannya adalah Adun sah bagi kawasan Lubuk Merbau. – Bernama
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Berita Pilihan

Saiful rayu sumbangan RM1 seorang bantu kempen

PORT DICKSON: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan, merayu sumbangan RM1 seorang daripad...

Gambar Terkini

Gambar Terkini
Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan hari ini “bersalaman” dengan bekas “bosnya” yang meliwatnya.

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Nadi Reformasi - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template